Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Pages

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

Name

Title

Comments

Contact

Contact E-Mail Address

Contact Name

Contact Picture

Rollup Image

 

Target Audiences

No targeting

Hide physical URLs from search

Page Image

 

Page Content

​​​​       1. PENGENALAN

- Gelenggang ialah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar
- Ketinggian pokok antara 6 hingga 25 kaki
- Daunnya berbentuk bilateral dan berlawanan secara simetri,
- Daunnya akan tertutup pada waktu malam​.
- Bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang.
- Buahnya berada dalam kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.​

 

 
       2. KESESUAIAN TANAH
• Pokok gelenggang mudah ditanam dan sesuai ditanam di tanah yang lembap berpasir dan  banyak mengandungi bahan organik.
• Pengairan hendaklah diberikan pada musim kering. Pokok gelenggang yang mengalami kekurangan air akan menghasilkan daun yang kecil, kekuningan dan
   keras.
• Berbanding dengan tanaman lain,gelenggang didapati tahan terhadap air bertakung dalam tempoh yang singkat. ​

 

 
​       3. PENANAMAN

 
       3.1 Jarak Tanaman
• Anak benih akan mula dipindahkan ke ladang setelah berumur 2-3 minggu ditapak semaian.
• Pilih anak pokok yang subur dan sihat (anak pokok telah mengeluarkan 2-3 daun).
• Jarak tanaman yang sesuai ialah antara  5 kaki x 5 kaki atau 9 kaki diantara baris dan 6 kaki dalam baris.
• Jarak tanaman 5’ x 5’ akan menghasilkan 3,750 pokok sehektar. 
• Jarak tanaman 6’ x 9’ akan menghasilkan 1,955 pokok sehektar. ​

       3.2 Pembajaan

  • Pembajaan perlu untuk kesuburan dan penghasilan pokok.
  • Penggunaan baja asas seperti tahi ayam atau kompos perlu di peringkat awal.​
       3.3 Kawalan rumpai

 
           • Kawalan rumpai hanya diperlukan diperingkat awal pertumbuhan
• Boleh dilakukan dengan menyembur racun rumpai jenis pracambah yang akan mematikan benih-benih rumpai yang terdapat di atas tanah atau batas.
• Pada peringkat pertumbuhan maksimum, kanopinya yang padat akan menghalang pertumbuhan rumpai.
• Walau bagaimanapun penggunaan sungkupan plastik untuk mengawal rumpai  adalah digalakkan

  -  mengurangkan kos pengawalan rumpai​


 
        3.4 Kawalan Perosak

1.  Ulat Pengorek Batang (Rhytidodera simulans)

      Simptom    

      - menyerang pokok matang

      - ranting dan dahan yang diserang akan mempunyai lubang

      - jika serius daun-daun pada ranting dan dahan itu akan layu dan mati

      Kawalan   

      - Mencantas dan musnahkan ranting diserang untuk mengelakkannya merebak 

      - Boleh dikawal dengan menggunakan Prevathon, ParadicholobenzeneCarbendazim​

2. Ulat Makan Daun

    Simptom   - Menyerang daun-daun muda, memakan pucuk hingga tinggal urat daun

    Kawalan   - Menggunakan Cyfluthrin 50EC, Acephate, Cypermethrin​

 

 


 

         4. PENUAIAN​

        - Gelenggang dituai secara manual​

        - Penuaian pertama dibuat apabila tanaman mencapai umur 10 minggu selepas tana​m.

        - Pelepah daun yang dipotong adalah daun yang telah matang bermula dari pelepah daun yang keempat.

        - Jumlah hasil bergantung kepada bilangan tuaian pelepah daun dan umur pokok yang ditanam. (1 pokok = 2 kg)

        - Hasil tuaian gelenggang yang dituai akan dibawa ke pusat pengumpulan untuk tujuan pengeringan.

        - Ia akan melalui proses pengasingan dari kekotoran asing dan memotong pelepah daun supaya memudahkan menjalankan kerja-kerja pengeringan.

        - Sekiranya pengeringan menggunakan alat pengeringan suhu perlu tidak melebihi 40 darjah celsius. ​



Baca Selanjutnya...

Summary Links

Byline

Article Date

Image Caption

Browser Title

Meta Description

Meta Keywords

Hide from Internet Search Engines

Page Content Taxonomy

Content Type: Article Page
Version:
Created at by
Last modified at by