Skip Ribbon Commands
Skip to main content
SharePoint

Pages

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

Name

Title

Comments

Contact

Contact E-Mail Address

Contact Name

Contact Picture

Rollup Image

 

Target Audiences

No targeting

Hide physical URLs from search

Page Image

 

Page Content

gambar seaweed.jpg​Rumpai laut merupakan tumbuhan akuatik yang banyak terdapat di pesisir pantai terutamanya di kawasan terumbu karang dan pantai yang terlindung. Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dibezakan berasaskan pigmen warna asli yang ada padanya seperti merah, hijau atau perang. Terdapat pelbagai jenis rumpai laut yang berbeza jenis, tumbuh liar di pesisir pantai negara ini.

Rumpai laut dari jenis tumbuhan besar atau dipanggil sebagai macro-algea diklasifikasikan dalam tiga kumpulan terbesar berdasarkan pigmentasi iaitu; rumpai laut coklat (Phaeophyceae), rumpai laut merah (Rhodophyceae) dan rumpai laut hijau (Chlorophyceae).  

Spesies utama yang diternak di Malaysia adalah dari jenis rumpai laut merah iaitu Kappaphycus sp. dan Eucheuma sp. bagi penghasilan biopolimer marin iaitu karagenan. Eucheuma sp. mempunyai daya tahan kepada penyakit dan perubahan suhu manakala Kappaphycus sp. memberikan hasil penuaian yang tinggi.

Penanaman rumpai laut adalah tertumpu di perairan negeri Sabah dan pada skala yang lebih kecil di Pulau Langkawi, Kedah. Spesies ini diperkenalkan secara meluas terutamanya di pantai timur perairan negeri Sabah pada tahun 1990-an.

Di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020) rumpai laut telah dikenalpasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi yang diberi tumpuan untuk menyumbang kepada pengeluaran ikan dan eksport negara. Atas dorongan tersebut, EPP#3 Mini Estet telah diwujudkan di bawah Program NKEA-Pertanian bagi memacu pembangunan rumpai laut berskala komersial diterajui oleh sektor swasta.  Di samping itu, usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti penternak sedia ada. ​

Baca Selanjutnya...

Summary Links

Byline

Article Date

Image Caption

Browser Title

Meta Description

Meta Keywords

Hide from Internet Search Engines

Page Content Taxonomy

Content Type: Article Page
Version:
Created at by
Last modified at by