Cempedak
(Artocarpus champeden Spreng.) adalah sejenis tumbuhan asli negara yang sangat
disukai
ramai
dan
banyak
di dapati
ditanam
di kampung-kampung.
Pokok-pokok genus
Artocarpus lain masih banyak didapati hidup liar di hutan semula jadi dan mempunyai variasi sifat pokok dan buah yang besar. Kultivar cempedak yang ditanam sekarang adalah daripada
pemilihan yang telah dijalankan sejak dulu dari
baka-baka semula jadi.
BOTANI
Nama saintifik : Artocarpus champeden Spreng.
Nama tempatan : Cempedak
Keluarga : Moraceae
Pokok cempedak mempunyai aiz sederhana. la boleh mencapai ketinggian sehingga 25
meter
dengan
lilitan
batang
160
cm.
Permukaan
kulit
batang berwarna
gelap
hingga
kelabu
gelap
manakala
isi
kulit berwarna
kuning
dan
bergetah.
Rantingnya
tirus,
licin
dan
mempunyai
parut
stipul yang
jelas manakala
hujung
ranting
dipenuhi
dengan
bulu.
Daun
Daun cempedak mempunyai tangkai sepanjang 1 - 3 cm dengan sedikit bulu, berbentuk elliptik hingga obovat, 8 - 21.5 cm panjang dan 3 - 8.5 cm lebar. Hujung daun akuminat hingga mukronat dan pangkal daun attenuat hingga obtus. Urat utama daun (midrib) di bahagian bawah daun dipenuhi bulu. Urat sekunder daun sejumlah 6-10 pasang. Kesemua urat daun jelas kelihatan di permukaan bawah daun.
Cempedak adalah sejenis tumbuhan monoesius, iaitu mempunyai jambak bunga jantan dan betina yang berasingan pada pokok yang sama. Bunganya kecil dan berkelompok rapat dan padat menjadi jambak bunga yang berbentuk oblong hingga silinder. Jambak bunga betina terdapat di ranting pendek dan tegap pada dahan sisi utama dan batang pokok. Jambak bunga jantan terdapat di ranting-ranting di hujung dahan dan juga di ranting-ranting pendek yang biasanya mengeluarkan jambak bunga betina. Jambak bunga jantan berukuran 4 - 8 cm panjang dengan garispusat 1 cm dan berwarna hijau muda atau kekuningan (Gambar 1 ). Setiap bunga jantan mempunyai satu stamen. Jambak bunga betina biasanya besar sedikit daripada jambak bunga jantan (Gambar 2). Tangkai jambak bunga betina juga adalah lebih besar tetapi lebih pendek berbanding dengan tangkai jambak bunga jantan. Sunga betina mempunyai kaliks yang lonjong dan ovari yahg bujur. Stil terdapat di hujung bunga.
Baca Selanjutnya...