Nangka
(Artocarpus heteropyllus Lam) dipercayai dibawa masuk ke Malaysia dari India pada tahun 1877. Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Di kawasan tropika, terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini. Kawasan nangka banyak tertumpu di negara-negara tropika iaitu di antara latitud 12 °U hingga 15 °U dan antara longitud 95 °T hingga 135 °T. Selain dari Semenanjung Malaysia, nangka terdapat di Sabah, Sarawak, Kepulauan Sumatera, Kepulauan Jawa, Thailand dan Filipina.
Isi nangka mempunyai kandungan zat-zat mineral yang agak tinggi seperti kalsium, fosforus, natrium dan kalium serta kandungan beberapa vitamin. Pokok nangka berbuah sepanjang tahun. Buah nangka berpotensi untuk dipasarkan ke Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan Korea. Isi nangka yang ditinkan adalah disenaraikan dua tertinggi di antara buah-buahan tropika yang ditinkan dan terdapat di pasaran United Kingdom dan Jerman. Isi nangka juga boleh dikeringkan untuk dijadikan snek yang berkhasiat.
Baca Selanjutnya...