​ 

Cendawan telah dikenalpasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi di mana tumpuan bagi peningkatan aktiviti huluan dan hiliran akan diberi keutamaan bagi tujuan meningkatkan Pendapatan Negara Kasar.

 

Sehingga kini, terdapat 17 jenis cendawan yang boleh ditanam secara komersil di Malaysia berasaskan kepada agroiklim sama ada di kawasan tanah tinggi atau tanah rendah atau secara teknik persekitaran terkawal.  Jenis-jenis cendawan yang ditanam secara komersil di Malaysia adalah seperti di Jadual 1:-

 

Jadual 1: Jenis Cendawan Yang Ditanam Secara Komersil Di Malaysia

Bil. Nama Biasa Nama Saintifik
1.Tiram Kelabu Pleurotus pulmonarius
2.Cendawan Tiram Kuning Pleurotus citrinopileatus
3.Cendawan Tiram Merah Pleurotus flabellatus
4.Jeli Hitam Auricularia spp
5.Cendawan Ganoderma Ganoderma sp
6.Tiram Putih Pleurotus florida
7.Cendawan Abalon Pleurotus cystidiosus
8.Shiitake Lentinula edodes
9.Enoki/ Golden needle Flammulina velutipes
10.Butang Putih Agaricus bispores
11.Butang Perang Agaricus bispores
12.Cendawan Jerami Volvariella volvaceae
13.Tiram Raja Pleurotus eryngii
14Cendawan Bunga Kobis Hericium erinaceum
15.Cendawan Seri Pagi Clitocybe sp
16.Cendawan Berangan Agrocybe sp
17.Cendawan Kukur Schizophyllum commune

 

Pengeluaran Cendawan yang paling banyak diusahakan secara komersil adalah jenis tiram kelabu (66%).

Baca Selanjutnya...