​ 

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan rasa pedas kepada makanan. ​​​Cili Padi bukan merupakan tanaman asal Malaysia tetapi dipercayai dari Mexico, Peru dan Bolivia tetapi sekarang sudah tersebar diseluruh dunia. Cili merupakan komoditi pertanian yang penting dalam masyarakat kita dan oleh hampir seluruh lapisan masyarakat Asia Tenggara dalam masakan harian. ​​

 
Cili Padi sering juga disebut sebagai 'Hot Chili' kerana mempunyai rasa kepedasan yang sangat pedas. Ukuran kepedasan cili padi sekitar 50,000 - 100,000 SHU (Scoville Heat Unit). Kandungan bahan kimia dik​​enali sebagai 'Capsaicin' merupakan bahan yang menimbulkan rasa pedas apabila kena dengan air liur pada bibir, mulut dan mata. 

    

Baca Selanjutnya...