Terung atau nama saintifiknya Solanum melongena merupakan sejenis sayuran jenis buah yang amat digemari seluruh Negara. Di Malaysia, ia juga dikenali sebagai Terung Panjang atau Terung Bulat. Tanaman ini dipercayai berasal dari India, tetapi kini penanamanya terdapat di kawasan-kawasan beriklim tropika dan juga beriklim sederhana.
Terung adalah sejenis sayuran singkat masa dimana ia boleh mengeluarkan hasil seawal 65-70 hari selepas ditanam sehinggalah ia mencapai usia lebih 6 bulan. Tumbuhan ini merimbun dengan ketinggian 0.5-1.2m dan mempunyai buah yang berbentuk panjang atau bulat. Warna buahnya berbeza-beza mengikut varieti samaada putih, hijau ataupun ungu.
Selain digoreng dan dicelur, terung juga sering dijadikan campuran kedalam masakan kari, gulai lemak dan dalca. Ia juga sesuai dijadikan ulam untuk dimakan mentah. Komposisi zat pemakanan pada buah terung adalah seperti berikut:
Baca Selanjutnya...