Alu-alu juga dikenali sebagai barakuda, adalah ikan yang mempunyai bentuk badan memanjang dengan saiznya yang besar, mulut yang menakutkan dan berkelakuan ganas. Alu-alu adalah ikan air masin dari genus Sphyraena, dan biasa dijumpai berhampiran dengan bahagian atas air dan berhampiran dengan terumbu karang dan rumput laut.
Sesetengah spesies membesar sehingga 65 inci atau 165 cm panjang, seperti Sphyraena sphyraena, yang terdapat di Laut Mediterranean dan Atlantik timur; dan Sphyraena picudilla, yang terletak di pantai Atlantik dari Amerika tropika dari North Carolina ke Brazil dan mencapai Bermuda.
Ikan Alu-alu juga dikenali dengan tempatan lain sebagai ikan Barracuda dan Kacang-kacang termasuk dalam Famili SPHYRAENIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Sphyraena barracuda
Nama Inggeris : Great barracuda
Nama tempatan yang sah : Alu-alu besar
Nama tempatan lain : Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan
Nama sainstifik : Sphyraena jello
Nama Inggeris : Pickhandle barracuda, Banded barraacuda
Nama tempatan yang sah : Alu-alu belang
Nama tempatan lain : Alu-alu, Kacang-kacang
Nama sainstifik : Sphyraena putnamae
Nama Inggeris : Sawtooth barracuda, Chevron barraacuda
Nama tempatan yang sah : Alu-alu gigi gergaji
Nama tempatan lain : Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Titil
Nama sainstifik : Sphyraena forsteri
Nama Inggeris : Bigeye barracuda, Forster's barraacuda
Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang mata besar
Nama tempatan lain : Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk Titil
Nama sainstifik : Sphyraena obtusata
Nama Inggeris : Obtuse barracuda, Forster's barraacuda
Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang dempak
Nama tempatan lain : Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk, Titil
Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang
Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 40 meter
Saiz : 20- 40 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Hook & Line
Baca Selanjutnya...