Ikan Asuh atau kadang-kadang dipanggil ikan landok ditemui terutamanya di perairan tropika di Indo-Pasifik dan Lautan India.
Landok bersifat karnivor dasar laut yang memakan invertebrata dan ikan kecil. Sesetengah spesies mempunyai gigi molarifom yang mereka gunakan untuk makan invertebrata seperti moluska dan ketam. Landok boleh berenang bersendirian atau berkumpulan dan biasanya tidak bersifat wilayah. Mereka mempunyai mata besar yang memudahkan mereka untuk makan pada waktu malam.
Terdapat kira-kira 41 spesies landok dari famili Lethrinidae di seluruh dunia. Di perairan Malaysia terdapat 5 genus dan kira-kira 29 spesies.
Ikan Asuh-asuh juga dikenali dengan nama tempatan lain sebagai Pelandok, Ketambak, Landuk, Pelanduk yang termasuk dalam Famili LETHRINIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Gymnocranius frenatus
Nama Inggeris : Yellosnout large-eye bream
Nama tempatan yang sah : Mempasir mutiara
Nama tempatan lain : Kapas-kapas laut, Mempasir, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus atkinsoni
Nama Inggeris : Pacific yellowtail emperor
Nama tempatan yang sah : Landok ekor kuning
Nama tempatan lain : Ketambak, Landuk, Mempinang, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus harak
Nama Inggeris : Thumbprint emperor
Nama tempatan yang sah : Landok tanda
Nama tempatan lain : Asuh-asuh, Dalu-dalu, Gertah, Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus lentjan
Nama Inggeris : Pink-eart emperor
Nama tempatan yang sah : Landok calit merah
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus ornatus
Nama Inggeris : Ornatet emperor, Red-snout emperor
Nama tempatan yang sah : Landok jalur jingga
Nama tempatan lain : Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus erythropterus
Nama Inggeris : Longfin emperor
Nama tempatan yang sah : Landok bibir merah
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus semicintus
Nama Inggeris : Blacktooth emperor
Nama tempatan yang sah : Landok gertah
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk
Nama sainstifik : Lethrinus genivittatus
Nama Inggeris : Longspine emperor
Nama tempatan yang sah : Landok sirip bintik
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus obsoletus
Nama Inggeris : Orange-striped emperor
Nama tempatan yang sah : Landok kercing
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus erythracanthus
Nama Inggeris : Orange-spotted emperor
Nama tempatan yang sah : Landok bintik jingga
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus microdon
Nama Inggeris : Smalltooth emperor
Nama tempatan yang sah : Landok muncung
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Nama sainstifik : Lethrinus olivaceus
Nama Inggeris : Longface emperor
Nama tempatan yang sah : Landok ketambak
Nama tempatan lain : Kercing, Ketambak, Landuk, Mempinang, Pelanduk, Senoncing
Habitat : Demersal
Lokaliti : Mendiami dasar berpasir di perairan pantai, lagun dalam dan berhampran terumbu karang sehingga kedalaman 50 meter
Saiz : 40 -52 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Hook & Line, Gillnet
Baca Selanjutnya...