Ikan Banang berbadan panjang sehingga boleh mencapai antara 3.0 hingga 95 cm (1.2 hingga 37.4 in). Mereka mempunyai satu sirip dorsal, terletak jauh di hujung badan, hampir bertentangan dengan sirip anal. Antara ciri-ciri utama adalah mulut yang panjang, tirus dan mempunyai gigi yang tajam. Dalam kebanyakan spesies, rahang atas hanya akan mencapai panjang yang penuh apabila mencapai peringkat dewasa. Pada peringkat juvenile, rahang atas kelihatan lebih pendek daripada rahang bawah. Pada peringkat juvenile juga, ikan banang hanya akan makan plankton dan akan berubah diet dengan memakan ikan kecil apabila meningkat dewasa.
Ikan Banang termasuk dalam 3 Famili iaitu ELOPIDAE, MEGALOPIDAE, ALBULIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Famili : ELOPIDAE
Nama sainstifik : Elops hawaiiensis
Nama Inggeris : Hawaian ladyfish
Nama tempatan yang sah : Banang bulat
Nama tempatan lain : Banang
Famili : MEGALOPIDAE
Nama sainstifik : Megalops cyprinoides
Nama Inggeris : Indo-Pacific tarpon
Nama tempatan yang sah : Bulan-bulan
Nama tempatan lain : Banang, Banang pipih, Bandaran, Bulan, Bulan-bulan, Pipih
Famili : ALBULIDAE
Nama sainstifik : Albula argentea
Nama Inggeris : Longjaw bonefish
Nama tempatan yang sah : Banang pisang
Nama tempatan lain : Banang bulat, Perpisang, Pisang-pisang
Habitat : Pelagic
Lokaliti : Di lautan dan muara, lebih suka air payau dan menembusi air tawar
Saiz : 40 - 150 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Hook & Line
Baca Selanjutnya...