Ikan Batu juga dikenali sebagai ikan terumbu karang. Ia adalah ikan karnivor bersirip dan kebanyakan ikan batu mempunyai duri badan yang beracun yang bertindak sebagai sistem pertahanan diri dan boleh membunuh. Ia hidup di dasar laut berhampiran karang dan mempunyai rupa bentuk yang menyamai batu.
Ikan Batu juga dikenali sebagai ikan Kerong termasuk dalam Famili TERAPONTIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -
Nama Sainstifik : Terapon theraps
Nama Inggeris : Largescaled terapon
Nama tempatan yang sah : Kerong batu
Nama tempatan lain : Bagat, Gendang-gendang, Ikan batu, Kerong-kerong
Nama Sainstifik : Pelates quadrilineatus
Nama Inggeris : Fourlined terapon
Nama tempatan yang sah : Kerong empat jalur
Nama tempatan lain : Kerong-kerong
Nama Sainstifik : Terapon jarbua
Nama Inggeris : Jarbua terapon
Nama tempatan yang sah : Kerong jalur
Nama tempatan lain : Bagat, Gendang-gendang, Kerong-kerong
Habitat : Demersal
Lokaliti : Di jumpai di bahagian dasar yang cetek dan berpasir, di sekitar muara sungai. Memasuki muara sungai dan sungai
Saiz : 15 - 50 sm panjang keseluruhan.
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Hook & Line, Seine, Gillnet, Trap
Baca Selanjutnya...