Ikan Beliak Mata juga dikenali sebagai Ikan Puput, adalah spesies herring sirip panjang yang biasa dijumpai di perairan pantai Lautan Hindi Utara dan Lautan Pasifik Barat Laut. Ia adalah spesies yang agak besar, boleh mencapai panjang sehingga 45-60 sentimeter (18-24 in). Ia adalah spesies perikanan yang penting di Malaysia.
Ikan Beliak mata dikenali juga dengan nama temapatan lain iaitu ikan Puput, Bersia, Kirang-kirang, Mata besar, Tirok, Ikan nipis termasuk dalam Famili PRISTIGASTERIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Ilisha pristigastroides
Nama Inggeris : Javan ilisha
Nama tempatan yang sah : Puput Sarawak
Nama tempatan lain : Beliak mata, Mata besar, Puput, Tirok
Nama sainstifik : Ilisha filigera
Nama Inggeris : Coromandel ilisha
Nama tempatan yang sah : Puput tirok
Nama tempatan lain : Beliak mata, Mata besar, Kirang-kirang, Puput, Tirok
Nama sainstifik : Ilisha macrogaster
Nama Inggeris : Kalimantan ilisha
Nama tempatan yang sah : Puput Kalimantan
Nama tempatan lain : Beliak mata, Mata besar, Kirang-kirang, Puput, Tirok
Nama sainstifik : Ilisha elongata
Nama Inggeris : Elongate ilisha
Nama tempatan yang sah : Puput bulan
Nama tempatan lain : Beliak mata, Kirang-kirang, Peruput, Puput, Puput Melaka, Tirok
Nama sainstifik : Ilisha kampeni
Nama Inggeris : Kampen's ilisha
Nama tempatan yang sah : Puput belalak
Nama tempatan lain : Beliak mata, Bersia, Kirang-kirang, Puput, Tirok
Nama sainstifik : Ilisha melastoma
Nama Inggeris : Indian ilisha
Nama tempatan yang sah : Puput bersia
Nama tempatan lain : Beliak mata, Bersia, Kirang-kirang, Puput, Tirok
Habitat : Demersal
Lokaliti : Estuarin hingga perairan pantai sehingga kedalaman 40 meter
Saiz : 15 - 25 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Gillnet
Baca Selanjutnya...