Ikan bilis terdiri dari famili Engraulidae. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah:
- Ikan Bilis Bunga Air (Stolephorus indicus)
- Ikan Bilis Tembaga (Stolephorus commersonii)
Purata pendaratan ikan bilis adalah 16,000 t.m – 23,000 t.m/tahun.
Habitat adalah di sekitar Indo-Pasifik: Laut Merah dan Afrika Selatan, termasuk Teluk Parsi, Madagascar dan Mauritius ke arah timur dan Hong Kong, Laut Arafura, pantai utara dan timur Australia dan seterusnya ke timur Samoa dan Tahiti.
Spesies yang berenang secara berkumpulan dan biasa dijumpai di perairan pantai dan muara sungai. Sumber makanan yang paling berkemungkinan adalah zooplankton. (Sumber: Fishbase)
Ikan Bunga air termasuk dalam kumpulan ikan Bilis dalam Famili ENGRAULIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Stolephorus commersonii
Nama Inggeris : Commerson's anchovy
Nama tempatan yang sah : Bilis tembaga
Nama tempatan lain : Besin, Bilis, Bunga air, Mempinis teri, Pusu, Teri
Nama sainstifik : Stolephorus inducus
Nama Inggeris : Indian anchovy
Nama tempatan yang sah : Bilis bunga air
Nama tempatan lain : Besin, Bilis, Bunga air, Mempinis teri, Pusu, Teri
Nama sainstifik : Encrasicholina devisi
Nama Inggeris : Devis' anchovy
Nama tempatan yang sah : Bunga air
Nama tempatan lain : Besin, Bilis, Bunga air, Mempinis teri, Pusu, Teri
Habitat : Pelagik
Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 20 meter
Saiz : 9 - 17sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Seine
Purata pendaratan ikan bilis adalah 16,000 t.m – 23,000 t.m/tahun.
Baca Selanjutnya...
Baca Selanjutnya...