Cencaru yang sinonim dengan ekornya yang keras, bersisik keras, adalah spesis ikan laut yang sederhana besar yang diklasifikasikan dalam keluarga Carangidae. Ia adalah ikan pelagik berkumpulan yang menduduki lapisan permukaan air di kawasan pantai dan laut dalam. Cencaru mudah dikenalpasti dengan bentuk badan seperti 'torpedo' dan barisan sirip yang keras di bahagian belakang sirip dorsal dan anal. Saiz Cencaru yang terbesar pernah dicatat adalah 80 cm panjang dan berat 4 kg. Ia adalah spesies pemangsa yang memakan pelbagai jenis ikan, cephalopods dan krustasea.
Ikan Cencaru termasuk dalam Famili CARANGIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Megalaspis cordyla
Nama Inggeris : Torpedo scad, Hardtail scad
Nama tempatan yang sah : Cincaru
Nama tempatan lain : Cencaru, Gelenggu, Gerunggong, Keras ekor
Habitat : Pelagik
Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 50 meter
Saiz : 25 - 80 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Liftlnet, Hook & Line
Baca Selanjutnya...