Ikan Demudok atau Coastal Trevally dewasa boleh ditemui di kawasan terumbu di pantai yang dalam dan jarang berada di tepi pantai. Mereka biasanya dalam kumpulan kecil di bahagian bawah berhampiran terumbu karang. Memakan organisma kecil di air tengah termasuk krustasea, ikan kecil dan cephalopod. Ikan ini dijual dengan harga sekitar RM 16 hingga RM 17 sekilogram. Pendaratan tahunan adalah sekitar 4,500 tan dan paling banyak didaratkan di Sabah.
Ikan Demudok juga dikenali dengan beberapa nama tempatan lain antaranya ikan Cermin, Cupak, Rambai, Sagai termasuk dalam Famili CARANGIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Carangoides praeustus
Nama Inggeris : Brownback trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok abu-abu
Nama tempatan lain : Cupak, Mudok, Putih, Selar, Selar abu-abu
Nama sainstifik : Carangoides malabaricus
Nama Inggeris : Malabar trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok cermin
Nama tempatan lain : Cermin, Cupak, Putih, Rambai, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides caeruleopinnatus
Nama Inggeris : Coastal trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok cupak
Nama tempatan lain : Cermin, Cupak, Putih, Rambai
Nama sainstifik : Carangoides talamparoides
Nama Inggeris : Imposter trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok rambai
Nama tempatan lain : Demudok
Nama sainstifik : Carangoides armatus
Nama Inggeris : Longfin trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok putih
Nama tempatan lain : Betek, Cermin, Demudok, Putih, Rambai, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides hedlandensis
Nama Inggeris : Bumpnose trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok lekuk
Nama tempatan lain : Cermin, Demudok, Putih
Nama sainstifik : Carangoides equula
Nama Inggeris : Whitefin trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok sirip putih
Nama tempatan lain : Putih, Rambai
Nama sainstifik : Carangoides chrysophrys
Nama Inggeris : Longnosek trevally
Nama tempatan yang sah : Demudok muncung
Nama tempatan lain : Cermin, Putih, Rambai, Sagai
Nama sainstifik : Carangoides gymnostethus
Nama Inggeris : Bludger
Nama tempatan yang sah : Demudok nyior-nyior
Nama tempatan lain : Demudok, Jeemudok, Lemuduk, Mudok, Nyior-nyior
Habitat : Demersal
Lokaliti : Perairan pantai hingga laut dalam, terumbu karang, karang berbatu
Saiz : 30 - 90 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Trap, Gillnet, Hook & Line
Purata pendaratan ikan rambai landih/ Demuduk adalah 5,000 t.m. – 6,000 t.m/tahun.