Ikan Ebek atau Diamond Trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack, daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae. Taburan ikan ebek ini tertumpu di kawasan tropika seperti di Lautan Hindi dan Barat Laut Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asa Tenggara, utara Jepun sehingga Selatan Indonesia serta utara Australia. Seperti namanya, ikan ini mempunyai bentuk badan seperti diamond, mempunyai bentuk bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat. Kebiasaannya, ikan ebek menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Ikan ini dijual dengan harga sekitar RM 15 hingga RM 17 sekilogram. Pendaratan tahunan adalah sekitar 800 tan dan paling banyak didaratkan di Kelantan.
Ikan Ebek juga dikenali sebagai ikan Rambai termasuk dalam Famili CARANGIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama sainstifik : Alectis ciliaris
Nama Inggeris : African pompano
Nama tempatan yang sah : Rambai Ebek
Nama tempatan lain : Cermin, Ebek, Rambai, Landeh
Nama sainstifik : Alectis indica
Nama Inggeris : Diamond trevally
Nama tempatan yang sah : Rambai Sagai
Nama tempatan lain : Cermin, Cupak, Ebek, Putih, Rambai, Landeh, Sagai
Habitat : Demersal
Lokaliti : Terumbu karang, perairan pantai sehingga kedalaman 50 meter
Saiz : 40 - 50 sm panjang keseluruhan
Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Trap
Purata pendaratan ikan rambai landih/ Demuduk adalah 5,000 t.m. – 6,000 t.m/tahun.