Facebook Twitter Google+

Ikan kacang  terdiri dari famili Sphyranidae. Ikan kacang turut dikenali sebagai ikan alu-alu. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah :

​i) Ikan kacang-kacang mata besar (Sphyraena forsteri)

ii) Ikan alu-alu belang (Sphyraena jello)

iii) Ikan alu-alu besar (Sphyraena barracuda)

iv) Ikan alu-alu gigi gergaji (Sphyraena putnamae


Ikan Kacang-kacang juga dikenali dengan tempatan lain sebagai ikan Barracuda dan ikan Alu-alu termasuk dalam Famili SPHYRAENIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama sainstifik : Sphyraena barracuda

Nama Inggeris : Great barracuda

Nama tempatan yang sah : Alu-alu besar

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan

Nama sainstifik : Sphyraena jello

Nama Inggeris : Pickhandle barracuda, Banded barraacuda

Nama tempatan yang sah : Alu-alu belang

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Kacang-kacang

Nama sainstifik : Sphyraena putnamae

Nama Inggeris : Sawtooth barracuda, Chevron barraacuda

Nama tempatan yang sah : Alu-alu gigi gergaji

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Titil

Nama sainstifik : Sphyraena forsteri

Nama Inggeris : Bigeye barracuda, Forster's barraacuda

Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang mata besar

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk Titil​

Nama sainstifik : Sphyraena obtusata

Nama Inggeris : Obtuse barracuda, Forster's barraacuda

Nama tempatan yang sah : Kacang-kacang  dempak

​Nama tempatan lain :  Alu-alu, Curut, Kacang lopek, Kacang merah, Kacang-kacang, Pengaluan, Tenak, Tenuk, Titil

​Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang

Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 40 meter

Saiz : 20- 40 sm panjang keseluruhan​

Tangkapan : Menggunakan Seine, Gillnet, Trawler, Hook & Line​


Purata pendaratan ikan kacang adalah 7,000 t.m – 8,000 t.m/tahun.


Baca Selanjutnya...