Ikan Pelaling tergolong dalam kumpulan ikan Kembong (nama tempatan lain iaitu ikan Pelaling, Mabong, Kembung, Temenung) yang termasuk dalam Famili SCOMRIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -
Nama Sainstifik : Rastrelliger faughni
Nama Inggeris : Island mackerel
Nama tempatan yang sah : Kembung lampai
Nama tempatan lain : Kembong, Mabong, Pelaling, Rumahan (Brunei), Temenung
Nama Sainstifik : Rastrelliger brachysoma
Nama Inggeris : Short mackerel
Nama tempatan yang sah : Kembung pelaling
Nama tempatan lain : Kembung, Pelaling, Rumahan, Temenung
Nama Sainstifik : Rastrelliger brachysoma
Nama Inggeris : Indian mackeral
Nama tempatan yang sah : Kembung borek
Nama tempatan lain : Kembung jantan, Pelaling, Rumahan (Brunei), Temenung, Temenung borek
Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 60 meter
Saiz : 12 - 35 sm fork length
Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Gillnet, Liftnet, Trap