Ikan Ungar juga dikenali dengan nama tempatan lain sebagai ikan Jenahak yang termasuk dalam Famili LUTJANIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah :-
Nama tempatan yang sah : Jenahak tanda
Nama Saintifik : Lutjanus johnii
Nama Inggeris : John'S snapper, Golden snapper.
Nama tempatan lain : Barah-barahan, Jenahak, Mertah, Tanda-tanda, Tetanda.
Nama tempatan yang sah : Jenahak jalur kuning
Nama Saintifik : Lutjanus lemniscatus
Nama Inggeris : Yellowsreaked snapper.
Nama tempatan lain : Kuning, Kunyit-kunyit, Merah, Remong.
Habitat : Demersal berhampiran terumbu karang.
Lokaliti : Di perairan muara dan pantai yang cetek sehingga kedalaman 80 meter.
Saiz : 20 - 97 sm panjang keseluruhan.
Tangkapan : Menggunakan Trawler, Trap, Hook & Line