​​

Facebook Twitter Google+

Ikan Kelisa juga dikenali sebagai ikan Arowana (Scleropages formosus). Ikan ini mempunyai nilai dan harga yang tinggi. Ikan ini boleh ditemui di Kepulauan Melayu termasuk Borneo, Bangka, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

 

Di Semenanjung Malaysia, ikan ini masih boleh ditemui di Sungai Krian, Sungai Muda, Sungai Endau, Sungai Rompin, Sungai Pahang dan Sungai Terengganu.

 

Aktiviti penangkapan yang giat dijalankan sejak tahun 1980-an menyebabkan populasi ikan ini semakin berkurangan dan sukar ditemui. Akibat penurunan populasi yang begitu ketara, ikan ini telah disenaraikan di bawah Convention on the International Trade and Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) untuk mengawal spesies ini dari segi import dan eksport.

 

Ikan Kelisa jenis Blue-Based merupakan Arowana jenis Malaysian Gold yang hanya ditemui di Malaysia. Ikan ini mempunyai sisik berwarna emas kebiruan.  

 

Baca Selanjutnya...