​​​​​​​​​Klasifikasi burung walit adalah sebagai berikut:

Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga

download.jpg
 

Pembinaan Rumah Burung Walit

Pembinaan rumah walit perlu mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  

Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan Roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam ba​ngunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-​

  1. Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
  2. Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
  3. Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
  4. Penyediaan beluti untuk burung bersarang
  5. Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa
  6. Pemasangan sistem audio
  7. Notis amaran di lokasi sesuai.      ​
Baca Selanjutnya...