Facebook Twitter Google+

Pengenalan
Pokok bunga kekwa adalah pokok iklim sederhana yang banyak ditanam di Cameron Highlands semenjak 1986. Ianya adalah satu tanaman bunga yang tertua di dunia berasal dari negeri China dan Jepun. Terdapat berbagai spesies kekwa ditanam dan yang paling digemari ialah Chrysanthemum morifolium yang ditanam untuk pengeluaran bunga keratan.

Botani
Nama Saintifik : Chrysanthemum morifolium
Nama Tempatan : Kekwa
Keluarga : Compositae

Pokok
Pokok kekwa adalah tanaman semusim (annuals) yang boleh hidup dalam 4 bulan dari tanam sehingga bunga layu. Pokok kekwa mempunyai batang yang lembut dan rapuh. Pucuknya mempunyai bau yang kuat.

Akar
Pokok kekwa tidak mempunyai akar tunjang dan hanya mengeluarkan system akar adventitious atau akar serabut. Oleh itu pembiakannya dibuat melalui keratan.

Bunga
Bunga kekwa adalah bunga komposit dimana bunga-bunga kecil (florets) terbentuk menjadi satu bunga besar. Bunga kekwa mempunyai 2 jenis pembentukan bunga iaitu jenis standard yang mempunyai sekuntum bunga pada satu tangkai batang dan jenis pompom yang mempunyai beberapa kuntum bunga pada satu tangkai batang. Jenis pompom lebih digemari daripada jenis standard kerana bilangan bunga yang banyak untuk kegunaan dalam gubahan.

Baca Selanjutnya...