Industri perlebahan di Malaysia bermula pada tahun 1980-an. Jabatan Pertanian merupakan salah satu agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam menggerak dan memajukan aktiviti perlebahan khususnya aktiviti pemeliharaan lebah madu (bee keeping).

 

Di Malaysia, terdapat 3 jenis lebah yang berupaya mengeluarkan madu dengan banyak iaitu lebah hutan (Apis dorsata), lebah Eropah (Apis mellifera) dan lebah keran (Apis cerana). Lebah hutan tidak boleh dipelihara kerana sifatnya yang liar dan sangat agresif walaupun ia mampu menghasilkan madu yang banyak. Spesis lebah yang komersil diternak dalam Negara adalah Apis mellifera kerana mampu menghasilkan madu sehingga 10-30 kg/ tahun/ koloni, berbanding Apis cerana yang hanya mampu mengeluarkan madu sebanyak 6-15 kg/ tahun/ koloni.  

Jadual 1: Jenis Lebah Madu yang Boleh Mengeluarkan Madu ​Di Malaysia

Bil. Nama Biasa Nama Saintifik Catatan
1.​​Lebah Hutan Apis dorsata
  • Lebah tempatan.
  • Sarang terbuka (Open nest).
  • Liar dan tidak boleh diternak.
2.Lebah Keran Apis cerana
  • Lebah tempatan.
  • Sarang tertutup (Closed nest).
  • Boleh diternak.
3.Lebah Eropah Apis mellifera
  • Lebah import.
  • Sarang tertutup (Closed nest).
  • Boleh diternak.
Baca Selanjutnya...