​ 

Taksonomi

Kingdom  :Animalia

Class       :Actinopterygii

Order       :Cypriniformes

Family     :Cyprinidae

Nama Saintifik

Barbonymus schwanenfeldii (Bleeker,1853)​

Nama Tempatan: Lampam Sungai,Kepiat

Nama Inggeris: Tinfoil Barb,River Barb,Schwanefeld's Barb.

 Konservasi

Biasa dan mudah didapati.Tidak tersenarai dalam IUCN Red List.

Morfologi

Badan:Mempunyai bentuk badan mampat.Mudah dikenali kerana mempunyai sirip yang merah terang dan sisik berkilat.Terdapat jalur hitam di tengah-tengah cuping atas dan bawah sirip kaudal.Mempunyai sepasang sesungut maksila dan sepasang sesungut rostrum.

Saiz:Maksimum 30.0cm

Taburan & Habitat

Asia:Lembangan Mekong dan Chao Phraya;Sumatera Borneo dan Malaysia.

Semenanjung Malaysia:Taburan yang luas di sungai,tasik dan empangan di seluruh Semenanjung. Diet utama ialah tumbuhan,lumut,buah hutan dan serangga.

Baca Selanjutnya...