​​

Facebook Twitter Google+

Ikan Kelisa juga dikenali sebagai ikan Arowana (Scleropages formosus). Ikan ini mempunyai nilai dan harga yang tinggi. Ikan ini boleh ditemui di Kepulauan Melayu termasuk Borneo, Bangka, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.

 

Aktiviti penangkapan yang giat dijalankan sejak tahun 1980-an menyebabkan populasi ikan ini semakin berkurangan dan sukar ditemui. Akibat penurunan populasi yang begitu ketara, ikan ini telah disenaraikan di bawah Convention on the International Trade and Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) untuk mengawal spesies ini dari segi import dan eksport.

 

Ikan Kelisa jenis Highback merupakan baka hibrid di antara Malaysian Gold (Jantan) dan Red Tail Golden (Betina) dari Indonesia. "Ring"berwarna emas terdapat pada sisik sehingga barisan 4 dan 5.

Warna keemasan pada "ring"tidak begitu terang dan kelihatan seperti berwarna perak. Highback juga boleh diperolehi melalui kacukan Malaysian Gold dan Banjar Red.

 

Baca Selanjutnya...