Facebook Twitter Google+

​Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies.

Orkid boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar iaitu orkid simpodium dan monopodium.

 

Genus-genus orkid yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium, manakala untuk kumpulan monopodium ialah Arachnis, Renanthera, Aranda, Phalaenopsis, Halttumara dan Mokara.

 

Orkid Cattleya mudah dikenali dengan bebawang semu. Bebawang semua di bahagian tengah lebar manakala bebawang semua di bahagaian bawah dan atas lebih tirus.

 

Bunga cattleya senang dikenali melalui bentuk bunganya  yang mempunyai sepal yang sama besar manakala petal lebar sedikit daripada sepal.


Baca Selanjutnya...