Taksonomi

Kingdom  :Animalia

Class       :Actinopterygii

Order       :Cypriniformes

Family     :Cyprinidae

Nama Saintifik

Tor tambra

(Bleeker 1854)

Nama Tempatan: Kelah merah

Nama Inggeris: Malayan Mahseer

Kepentingan

Sumber makanan dan rekreasi serta pelancongan.Santuari Ikan Kelah yang Popular termasuk di Sg.Petang,Sg.Cacing dan Sg.Loh di Terangganu;Sg.Relau dan Sg.Nenggiri,Gua Musang di Kelantan dan Lubuk Tenor,Sg.Tahan di Pahang.

Status Konservasi

Tidak tersenarai dalam IUCN Red List.

Morfologi

Badan:Mempunyai bentuk badan memanjang,agak mampat dan kepala yang tirus.Mempunyai bibir yang tebal dan terdapat cuping(lobe)median pada bahagian bibir bawah.Semua sirip berwarna merah atau oren terang.Terdapat dua pasang sesungut;pasangan sesungut maksila lebih panjang daripada pasangan sesungut rostrum.

Saiz:Maksimum 100.0cm

Taburan & Habitat

Asia:Lembangan Mekong dan Chao Phraya (Thailand) dan Sumatera,Pulau Jawa,Kalimantan (Indonesia)​

Semenanjung Malaysia:Sungai kecil dan besar di seluruh Semenanjung kecuali Perlis.Kawasan yang terkenal dengan Kelah ialah Sg.Tahan, Sg.Keniam dan Sg.Tembeling di Pahang;Sg.Nenggiri di Kelantan dan Sg.Cacing di Terengganu. Diet utama ialah lumut, tumbuhan dan buah hutan