​​Kacang buncis ialah sejenis sayur buah yang dipercayai berasal dari Amerika Tengah, dan kini ditanam di negara ini. Di Malaysia, kacang buncis bukanlah jenis sayuran tradisbnal tetapi kini telah menjadi popular. Ini dapat dilihat dari keluasan penanaman seperti di dalam Jadual 1. Kawasan terbesar ialah di negeri Johor dan kebanyakan hasil dieksport ke Singapura.

Nama saintifik bagi kacang buncis ialah Phaseolus vulgaris (L)

​Jenis yang ditanam di Malaysia adalah jenis memanjat. Morfotogi pokok adalah seperti berikut:-

Akar : terdiri dari akar tunjang (90 cm dalam) dan daripadanya berkembang akar lateral yang meluas.

Batang : lembut dan memanjat dengan cara melilit, terdapat jalur berwama unggu.

Daun : jenis majmuk dan berbentuk ovat lebar, berukuran 8 -15 cm x 5 -10 cm.

Lenggai : wama lenggai hijau muda hingga hijau tua dan berukuran 15 hingga 20 cm.

Bunga : berwarna putih, merah jambu atau kuning.

Cara pendebungaan :  pendebungaan sendiri 


 

Baca Selanjutnya...