Facebook Twitter Google+
Pokok durian belanda (Annona muricata) dari keluarga Annonaceae, mempunyai 20 genus dan lebih 2,000 spesies. Spesies ini dipercayai berasal daripada Amerika Tengah dan sangat popular di Indonesia, yang dikenali sebagai sirsak. Terdapat tiga variasi buah durian belanda iaitu mempunyai rasa yang manis, masam manis dan masam. Tanaman durian belanda semakin dikenali di serata dunia berikutan penemuan oleh sekumpulan penyelidik di The National Cancer Institute yang memulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasil kajiannya membuktikan bahawa buah durian belanda mempunyai khasiat dimana ia mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel kanser 10,000 kali lebih kuat berbanding kimoterapi yang biasa digunakan.

Setelah khasiatnya diketahui buah durian belanda dan potensi nilai perubatan keseluruhan pokok termasuk daun dan kulit batang diterbitkan di dalam pelbagai jurnal saintifik antarabangsa sekitar tahun 1990an, pokok durian belanda telah mula ditanam secara komersil oleh beberapa pengusaha di Malaysia. Terdapat beberapa spesis annona yang ditanam di Malaysia selain durian belanda(A.muricata), antaranya ialah Nona Seri kaya (A. squamosa), Nona kapri (A. reticulata) dan Rollinia (Rollinia spp.). 
 
Baca Selanjutnya...