1. PENGENALAN
Hempedu bumi merupakan salah satu tanaman yang telah digunakan sejak turuntemurun oleh penduduk Asia terutamanya di China, India dan gugusan Kepulauan Melayu untuk tujuan perubatan. Penggunaan tanaman ini dilaporkan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan Ayurveda.
Nama botani : Andrographis paniculata
Nama lain : Hempedu bumi, Hempedu Tanah, Akar Cerita, Pokok Cerita, King of Bitter, Creat, Green Chireta (lnggeris), Kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan Xin Lian, Yi Jian Xi, Lan He Lian (China), Sambiloto (Indonesia)
Famili : Acanthaceae
2. KESESUAIAN TANAH DAN IKLlM
Hempedu bumi sesuai ditanam di kawasan beriklim sederhana, subtropika dan tropika yang menerima taburan hujan 1,500-2,000 mm/tahun. Tumbuhan ini boleh tumbuh di beberapa kawasan seperti tanah lanar sungai, tanah pasir dan berbukit sehingga 700 m dari aras laut.
3. PENANAMAN DILADANG
Apabila penanaman menggunakan sistem pengairan titis dan sungkupan plastik, sistem pengairan titis tersebut perlu dipasang terlebih dahulu sebelum batas disungkup dengan sungkupan plastik. Batas tanaman perlu diberi pengairan ke tahap kapasiti ladang.
Selepas itu, lubang tanaman dibuat dengan menggunakan alat yang sesuai pada jarak tanaman 30 cm di antara pokok. Satu batas disyorkan ditanam dalam 2 baris tanaman dengan jarak di antara baris juga 30 em. Jarak ini memberikan populasi tanaman sebanyak 55,555 pokok sehektar. Pada kadar pertumbuhan yang normal, penggunaan anak semaian yang optimum membolehkan anak pokok mengeluarkan eabang baru 2 - 3 minggu selepas menanam. Bunga pula akan mula keluar pada peringkat umur 6 - 8 minggu selepas menanam diikuti dengan pembentukan lenggai 10 minggu selepas menanam.