​ 

Secara umumnya, ikan keli juga dikenali sebagai catfish atau 'ikan yang bermisai'. Tubuh badannnya licin, berlendir dan tidak bersissik. Ciri keunikan ikan keli adalah fungsi sesungutnya sebagai deria yang membantu semasa berenang dan sebagai sensor untuk mendapatkan makanan. Ikan keli merupakan spesies ikan yang mudah ditemui dan mempunyai daya tahan yang tinggi berebanding dengan ikan yang lain. Ikan keli mempunyai lebih kurang antara 55 spesies hingga 60 spesies dan ada antaranya yang telah pupus. Antara spesies yang sering ditemui ialah ikan keli kayu (Clarias batrachus), ikan keli Afrika (Clarias gariepinus), ikan keli bunga (Clarias macocephalus) dan ikan keli limbat (Clarias nieuhofi). Ikan keli yang diternak di Malaysia yang menjadi tumpuan kumpulan penternak adalah spesies ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) kerana kadar hidup yang tinggi, ketahanan penyakit dan cepat membesar. Jangkasamasa ternakan ikan keli adalah selama 4-6 bulan. Selain itu, ikan keli boleh diternak dalam takungan seperti kolam, tangki gentian kaca (fibre glass), tangki simen dan tangki kanvas.

Ternakan menggunakan sistem kanvas merupakan satu inovasi baru untuk bidang akuakultur dan telah dimulakan sejak 2006. Ternakan dijalankan dalam set ternakan dengan bingkai berukuran 4.5m x 1.2m x 1m dan diliputi dengan kanvas yang berkualiti tinggi dan tahan kepada perubahan cuaca. Kedalaman air dalam takungan kanvas adalah 0.4m. Benih ikan keli bersaiz 3 inci atau 10gm ke atas dilepaskan dengan kadar pelepasan 129ekor/m2. Ikan-ikan ini diberi makan dengan makanan rumusan bagi menjamin kualiti ikan yang diternak dan menjaga tempoh guna sistem tersebut. Tempoh ternakan ikan keli ini adalah selama 3 bulan untuk mencapai saiz pasaran (6ekor/kg).

Baca Selanjutnya...