​KETERANGAN AM
Nama Tempatan : Jagung Manis ​
Nama Saintifik : Zea mays

KETERANGAN BOTANI
Batang :
Lurus, mempunyai buku yang tebal di bahagian bawah. Tinggi sehingga 4.5 m dan tidak mempunyai cabang.
Daun :
Bentuk lamina panjang, hujung daun bentuk akut. Daun berbulu halus di permukaan. Daun tersusun secara berselang pada batang.
Bunga :
Monosius. Panikel jantan padat dan banyak cabang mempunyai spikelet jantan. Setiap spikelet mempunyai 2 floret jantan. Spikelet betina mengeluarkan 2 floret. Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung tongkol.​
Buah:
Lebar, obovat dan bentuk wedge .
Akar :
Terdiri dari akar redikel dan akar seminal yang merupakan akar primer untuk menyokong pertumbuhan pokok.

gambar jagung.jpg
 

Baca Selanjutnya...