PENGENALAN
Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Malabar dan Sri Lanka, tetapi tumbuh liar dari India hingga sebahagian Asia Tenggara. Di Malaysia, kebiasaanya ia ditanam di tanah tinggi. Pokok saka herba ini berketinggian 4m dan tumbuh secara berkelompok. Tunas baru kerap tumbuh pada rhizom dalam tanah.
Nama lain bagi tanaman ini adalah cardomum (Inggeris), bai dou kou (China), choti elaichi (Hindi), luk krawan (Thailand) dan kalulaga (Indonesia).
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Buah pelaga digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan dan secara tradisional ia dikunyah bersama sirih pinang. Buah pelaga merupakan komponen yang penting dalam penyediaan serbuk kari.
Buah ini juga mampu mengeluarkan angin dari perut dan usus, merangsang dan melawaskan haid dan air kecil, merawat bengkak dan sakit, pancutan mani pramatang dan merangsang penghadaman.