Facebook Twitter Google+
Cempedak (Artocarpus champeden Spreng.) adalah sejenis tumbuhan asli negara yang sangat  disukai  ramai  dan  banyak  di dapati  ditanam  di kampung-kampung.   Pokok-pokok genus Artocarpus lain masih banyak didapati hidup liar di hutan semula jadi dan mempunyai variasi sifat pokok dan buah yang besar. Kultivar cempedak yang ditanam sekarang adalah daripada   pemilihan yang telah dijalankan sejak dulu dari  baka-baka semula jadi.

 

BOTANI

Nama saintifik : Artocarpus  champeden  Spreng.
Nama tempatan : Cempedak
Keluarga : Moraceae

Pokok
Pokok cempedak mempunyai aiz sederhana. la boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter dengan lilitan batang 160 cm. Permukaan kulit batang berwarna gelap hingga kelabu gelap manakala isi kulit berwarna kuning dan bergetah. Rantingnya tirus, licin dan mempunyai parut stipul yang jelas manakala  hujung  ranting  dipenuhi dengan  bulu.

Daun
Daun cempedak mempunyai ​tangkai sepanjang 1 - 3 cm dengan sedikit bulu, berbentuk elliptik  hingga obovat, 8 - 21.5 cm panjang dan 3 - 8.5 cm lebar. Hujung daun akuminat hingga mukronat dan pangkal  daun  attenuat  hingga  obtus.  Urat utama daun (midrib) di bahagian bawah daun dipenuhi  bulu. Urat sekunder daun sejumlah 6-10 pasang. Kesemua urat daun jelas kelihatan di permukaan  bawah daun.

Bunga

Cempedak adalah sejenis tumbuhan monoesius, iaitu mempunyai jambak bunga jantan dan betina yang berasingan pada pokok yang sama.  Bunganya kecil dan berkelompok rapat dan  padat  menjadi jambak  bunga  yang  berbentuk  oblong  hingga  silinder.  Jambak  bunga betina terdapat di ranting pendek dan tegap pada dahan sisi utama dan batang pokok. Jambak bunga jantan  terdapat di ranting-ranting  di hujung  dahan dan juga di ranting-ranting pendek yang  biasanya mengeluarkan  jambak  bunga betina.  Jambak  bunga jantan  berukuran 4 - 8 cm panjang dengan garispusat 1   cm dan berwarna hijau muda atau kekuningan (Gambar 1 ). Setiap bunga jantan mempunyai  satu stamen. Jambak bunga betina biasanya besar sedikit daripada jambak  bunga jantan (Gambar 2). Tangkai jambak  bunga betina juga adalah lebih besar tetapi  lebih pendek  berbanding  dengan tangkai jambak  bunga jantan. Sunga betina mempunyai  kaliks yang lonjong  dan ovari yahg bujur.  Stil terdapat  di hujung bunga.

Baca Selanjutnya...