PENGENALAN

Pokok limau nipis (Citrus aurantiifolia) merupakan pokok limau hibrid hasil daripada Citrus micrantha dan Citrus medica.

​KHASIAT DAN KEGUNAAN

Secara tradisional, teh limau nipis digunakan sebagai perangsang nafsu makan, selsema, batuk, sakit tekak dan sebagai perangsang pencernaan. Ia juga boleh digunakan sebagai astringen untuk kulit. Minyak pati limau nipis digunakan sebagai aroma dan penambah rasa. Jus daripada limau nipis boleh disapukan di kepala untuk mengurangkan pening kepala selain dapat mengatasi masalah kelemumur. Buah limau nipis juga boleh dibuat asam atau jeruk. ​