Facebook Twitter Google+

PENGENALAN

Padi (bahasa Latin: Oryza sativa L.) merupakan salah satu tanaman utama di Malaysia yang terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah (padi bendang) dan padi huma (padi bukit). Pokok padi tergolong di dalam keluarga Gramineae. Padi mempunyai 19 spesies, tetapi dua spesies sahaja iaitu Oryza glaberima stend dan Oryza sativa L. yang ditanam dengan meluas. Oryza glaberima ditanam di Afrika dan Oryza sativa L. pula terdapat di Asia, Australia dan Amerika.

 

 

LATAR BELAKANG

Penanaman padi secara kekal di Semenanjung Malaysia bermula pada abad ke-10 di Sungai Muda, Sungai Merbok (Kedah-Perlis) dan kawasan lembah sungai di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisinya tanaman padi di tanam sekali setahun. Penanaman padi dua kali setahun mula diperkenalkan pada awal tahun 50an apabila varieti baru yang tempoh matang lebih pendek mula diperkenalkan. Dengan kemajuan teknologi penyelidikan, beberapa varieti baru yang mempunyai potensi hasil yang tinggi terus diperkenalkan untuk tujuan penanaman.

 

INDUSTRI PADI

Pengeluaran padi Negara pada tahun 2014 adalah sebanyak 2.59 juta mt dimana sejumlah 1.85 juta mt (71.4%) dibekalkan oleh jelapang dengan keluasan bertanam sebanyak 391,104 ha. Kawasan bertanam luar jelapang seluas 298,628 ha menyumbang sebanyak 0.802 juta mt (28.6 %) pengeluaran padi Negara. Kerajaan telah menetapkan sasaran tahap sara diri dikaji semula menjelang tahun 2020 di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara. Kawasan utama pengeluaran padi Malaysia terletak di lapan (8) kawasan jelapang padi iaitu Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah, IADA Kerian Sungai Manik dan IADA Seberang Perak di Perak, Seberang Perai, IADA Balik Pulau di Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan IADA Kemasin Semerak di Kelantan, IADA KETARA di Besut, Terengganu sert​a IADA Barat Laut Selangor di Selangor . Padi juga ditanam di kawasan luar jelapang padi meliputi semua negeri dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 


Baca Selanjutnya...