Ikan Tuna merupakan spesies 'oceanic' yang termasuk dalam Famili SCOMRIDAE. Spesies tuna 'oceanic' yang terdapat dalam famili ini adalah :-

Nama tempatan yang sah : Tuna albakor

Nama Saintifik : Thunnus alalunga

Nama Inggeris : Albacore

Nama tempatan lain : Aya, Kayu, Tongkol, Tuna

Nama tempatan yang sah : Tuna sirip kuning

Nama Saintifik : Thunnus albacares

Nama Inggeris : Yellofin tuna

 Nama tempatan lain : Aya, Aya tuna, Bakulan, Kayu, Tongkol, Tuna, Tuna sirip kuning

Nama tempatan yang sah : Tuna mata besar

Nama Saintifik : Thunnus obesus

Nama Inggeris : Bigeye tuna

 Nama tempatan lain : Aya, Aya Hitam, Bakulan, Kayu, Tongkol, Tuna, Tuna mata besar

Habitat : Pelagik

Lokaliti : Di perairan Lautan Hindi.

Saiz : 150 - 280 sm panjang keseluruhan.

Tangkapan : Menggunakan Seine, Hook & Line, Gillnet​