Facebook Twitter Google+

Ikan kembung terdiri dari famili Scrombidae. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah Ikan Kembung Borek (Rastrelliger kanagurta). Purata pendaratan ikan kembung adalah 7,000 t.m – 8,000 t.m/tahun.

​Ikan pelaling/temenong turut terdiri dari famili Scrombidae. Spesies yang biasa ditemui di perairan Malaysia adalah Rastrelliger brachysoma. Purata pendaratan adalah sekitar 120,000 t.m – 130,000 t.m/tahun.

​​​Ikan Kembung tergolong dalam kumpulan ikan Kembong (nama tempatan lain iaitu ikan Pelaling, Mabong, Kembung, Temenung) yang termasuk dalam Famili SCOMRIDAE. Spesies yang terdapat dalam famili ini adalah : -

Nama Sainstifik : Rastrelliger faughni

Nama Inggeris : Island mackerel

Nama tempatan yang sah : Kembung lampai

Nama tempatan lain : Kembong, Mabong, Pelaling, Rumahan (Brunei), Temenung

Nama Sainstifik : Rastrelliger brachysoma

Nama Inggeris : Short mackerel

Nama tempatan yang sah : Kembung pelaling

Nama tempatan lain : Kembung, Pelaling, Rumahan, Temenung

Nama Sainstifik : Rastrelliger kanagurta

Nama Inggeris : Indian mackeral

Nama tempatan yang sah : Kembung borek

Nama tempatan lain : Kembung jantan, Pelaling, Rumahan (Brunei), Temenung, Temenung borek

Habitat : Pelagik

​Lokaliti : Perairan pantai sehingga kedalaman 60 meter 

Saiz : 12 - 35 sm fork length

Tangkapan : Menggunakan Seine, Trawler, Gillnet, Liftnet, Trap​


 

Baca Selanjutnya...