Ikan Gedema atau Kerapu Singa dikenali sebagai Stargazers, dalam famili Uranoscopidae, sejenis perciformes yang mempunyai mata di atas kepala mereka. Famili ini terdiri daripada kira-kira 51 spesies dan terdapat di seluruh dunia, di lautan cetek dan laut dalam. Seiring dengan pandangan mata yang ke atas, ikan ini dilengkapi dengan mulut besar yang mendongak ke atas. Ikan ini biasa menguburkan diri mereka ke dalam pasir, dan melompat ke atas untuk menyerang mangsa seperti ikan dasar laut dan invertebrata yang lalu di atas mereka. Kedua-dua sirip dorsal dan anal agak panjang. Ikan ini mampu mencapai panjang dari 18 hingga 90 cm. Ikan ini jarang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna disebabkan oleh rupa bentuk yang menakutkan.​