Gerong-Gerong atau lebih dikenali sebagai Trevally boleh dikenalpasti dengan bentuk kepala yang curam, sirip ekor yang kuat, dan pelbagai ciri anatomi lain yang lebih terperinci. Ia biasanya berwarna keperakan dan kadang kala dengan bintik-bintik gelap​​​​, tetapi ikan jantan mungkin lebih kehitaman apabila mereka matang. Gerong adalah antara ikan yang terbesar dalam genus Caranx, dan boleh membesar sehingga 170 cm dan berat 80 kg. Mereka mendiami di pelbagai persekitaran laut, dari estuari, teluk cetek dan lagun sebagai juvenil, dan di kawasan terumbu yang lebih dalam,  sebagai ikan dewasa.