PENGENALAN
Lempoyang dipercayai berasal dari India dan ia banyak di tanam dalam kawasan tropika dan subtropika Asia. Boleh digunakan sebagai rempah ratus atau perisa dalam cara yang sama seperti halia tetapi jarang digunakan berbanding halia. Baunya tidak sekuat halia dan kadangkala rasanya pahit. Rasa lempoyang berbeza kerana perbezaan baka, kematangan rizom yang digunakan, keadaan tanah dan cuaca setempat.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Rizom muda dijeruk dan di makan sebagai perisa atau pembuka selera. Rizom digunakan sebagai penawar, pencuci, tonik, stimulan, meningkatkan selera, merawat asma, batuk kokol, cirit, sakit perut an vertigo. Bahan aktif yang terdapat pada bahagian rizom lempoyang adalah kukurmin, flavonoid glikosid, flavonol dan serumbon epoksida. Lempoyang juga boleh diekstrak menjadi minyak pati yang digunakan dalam kosmetik, minyak wangi dan sabun.