Facebook Twitter Google+

​​Dokong (Lansium domesticum Corr) merupakan sejenis buah- buahan yang mempunyai potensi yang tinggi dan berdaya  maju untuk dikomersilkan masa kini.  Dokong dipercayai  berasal dari Kg. Simpul, Daerah Tanjung Mas di Wilayah Narathiwat, Thailand. Dokong dibawa masuk ke Malaysia dari Thailand dan telah ditanam di kawasan  bersempadan dengan  negara jiran   seperti Jajahan  Jeli dan Tanah Merah di Kelantan,  Besut dan Jerangau  di Terengganu dan Baling di Kedah. Buah dokong disambut baik oleh orang ramai di negeri ini. Sebahagian pengeluaran dokong dari kawasan ini telah dieksport ke Thailand. Tanaman dokong amat berpotensi untuk dimajukan dan digalakkan menanam secara besar-besaran.


Pokok dokong tidak besar tetapi boleh mencapai ketinggian ketahap  6 - 10 meter. Batang utamanya lurus dan kulitnya nipis berwarna hijau-perang. Pokok dokong yang ditanam dari anak pokok biji (seedling) biasanya bercabang daripada paras 2-4 meter dari permukaan tanah. Dahan primeri yang keluar bersudut 5-20° iaitu menegak keatas. Oleh sebab itu, bentuk pokok dokong ini adalah oval, pirimidal atau kadangkala hampir bulat. Bagi pokok yang ditanam dari anak pokok cantuman baji, ia akan bercabang dari paras yang lebih rendah (kurang dari 1  meter) dan oleh sebab itu, bentuk pokok menjadi lebih rendang dan terbuka. Perbezaan  bentuk kanopi antara pokok dokong  yang ditanam  dari biji dan baji adalah  seperti di Gambar rajah 1.


Apabila pokok matang dan berbuah, banir dipangkal akan terbentuk menjadikan pokok mempunyai tapak yang lebih teguh.

Baca Selanjutnya...