DAUN BAWANG (Allium fistulotum) adalah sejenis tanaman atau tumbuhan dari keluarga LILIACEAE yang di tanam di Malaysia dengan komersial. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Negara China yang disebarkan keseluruh dunia sebagai salad penambah perisa kepada makanan seperti sup, mee goreng, sukiyaki, kueh mueh dan juga masakan ayam. Penggunaan daun bawang di Malaysia agak signifikan dalam makanan Cina dan Melayu sebagai penyedap bau dan rasa makanan. Nama lain daun bawang adalah seperti Welsh Onion ; Bunching Onion (English), Daun Bawang (Malaysia, Indonesia), Ciboule (Peranchis), Buyah(Filipina), khtum sanlok (Kemboja), hanh hoa (Vietnam) danhom-ton ; hom-chin (Thailand).
Pokok bawang daun merupakan herba yang tumbuh menegak dengan daun berbentuk panjang tirus sama ada berbentuk selinder atau leper bergantung kepada spesis. Daun tumbuh dari pangkal rumpun menegak dengan panjang yang berbeza-beza setinggi 8-12 inchi. Akar bawang daun adalah jenis akar serabut yang keluar dari bulb atau umbisi dalam tanah dan merupakan akar rambut yang cetek. Bunga bawang daun berbentuk komposit berwarna keputihan serta centrifugal berukuran 3-7 cm garispusat. Bawang daun di negara temperate mengeluarkan biji benih yang banyak bersaiz 3 mx x 2.5 mm berwarna hitam berbentuk globose. Tanaman Bawang Daun di Malaysia tidak menghasilkan bijibenih kerana sinaran matahari yang pendek.
Baca Selanjutnya...