Facebook Twitter Google+

​​​Pengenalan

​Tomato ialah sejenis sayur jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat, yang menjadi makanan kepada manusia di merata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah menjadi meluas di semua negeri beriklim tropika.
Pengeluaran utama di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highlands. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato dengan agak meluas ialah di negeri Kelantan.

Botani Tanaman
Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersiconcycopersicum (L.) dari keluarga Solanaceae. Nama saintifiknya yang lama ialah Lycopersicon esculentum.
Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Selain itu perbezaan juga didapati di dalam ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan varieti-varieti. Secara amnya ciri-ciri pokok tomato adalah seperti berikut :

Akar - akar tunjang yang kuat dan banyak akar-akar serabut
Batang - warna hijau, bercabang dan berbuku
Daun - berbulu dan terdapat banyak perbezaan bentuk
Bunga - berwarna kuning, berukuran lebih kurang 1 cm
Buah - banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa
Benih - berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/1000 biji
Cara pendebungaan - pendebungaan sendiri

Baca Selanju​tnya...