Facebook Twitter Google+

​Bunga melor atau melati dipercayai  berasal dari India. Terdapat beberapa spesis yang  ditanam di Malaysia dan ia berbeza dari segi bentuk  pokok dan warna bunga. Jenis yang popular  ialah jenis Jasminum sambac  yang berbunga putih bersih , berkelopak  selapis atau berlapis dan berbau harum.

 

Di Malaysia pokok bunga melor ditanam secara kecil-kecilan sekadar penghias laman.  Ia digunakan oleh orang Melayu dan India di dalam upacara-upacara adat dan keagamaan selain daripada penghias di rambut . Memandangkan kepada permintaan yang meningkat masa kini tanaman ini mempunyai potensi untuk diusahakan secara komersil.  Selain untuk kegunaan segar, bunga melor juga diguna untuk menghasilkan minyak dan  digunakan sebagai satu bahan di dalam 'pot-pourri' dan aromaterapi.


Baca Selanjutnya...