Ikan Kelisa juga dikenali sebagai ikan Arowana (Scleropages formosus). Ikan ini mempunyai nilai dan harga yang tinggi. Ikan ini boleh ditemui di Kepulauan Melayu termasuk Borneo, Bangka, Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
Aktiviti penangkapan yang giat dijalankan sejak tahun 1980-an menyebabkan populasi ikan ini semakin berkurangan dan sukar ditemui. Akibat penurunan populasi yang begitu ketara, ikan ini telah disenaraikan di bawah Convention on the International Trade and Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) untuk mengawal spesies ini dari segi import dan eksport.
Ikan Kelisa jenis Merah adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia. Ikan ini mempunyai sisik berwarna kemerahan di seluruh badan. Pada bahagian hujung sirip dorsal, anal dan ekornya mempunyai warna merah yang lebih terang. Terdapat pelbagai jenis gred dan jenis bagi mengkategorikan ikan ini berdasarkan warna merah sisiknya seperti super red dan chili red (asal dari Sungai Kapuas, Kalimantan), blood red (asal Tasik Sentarum, Kalimantan), banjar red, yellow tail dan lain-lain.
Baca Selanjutnya...