Facebook Twitter Google+

​​Longan (Dimocarpus longan) ​​adalah sejenis buah-buahan tempatan yang tumbuh dan ditanam dari Keluarga SAPINDACEAE.


Pokok Longan adalah dari jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan batang mampu mencapai ketinggian 20-30 meter. Batangnya berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. Daunya berwarna hijau gelap berukuran 18-25 cm panjang dengan susunan bersilang. Bunga mata kucing seperti juga pokok longan terbit di bahagian hujung dahan dengan jambak yang banyak berwarna kuning kecoklatan. Terdapat Bunga Jantan, Bunga Betina dan Bunga Hermaprodit pada pokok mata kucing. Lazimnya hanya bunga hermaprodite sahaja yang akan membentuk buah. Pendebungaan dijalankan oleh serangga seperti semut, lalat dan juga angin.


Buah Mata Kucing bersaiz kecil dengan warna kulit coklat dan kadang-kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Jika di kupas kulitnya sebahagian akan kelihatan biji yang besar didalamnya seperti 'MATA KUCING' dengan lapisan isi yang jernih dan manis. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengan bentuk bulat atau sedikit bujur bergantung kepada spesis. Akar pokok adalah akar tunjang yang sangat kuat. 

Baca Selanjutnya...