​ 

Tembikai (nama botani: Citrullus lunatus) atau dikenali dengan Timun Cina di Pantai Timur, Semangka merupakan pokok menjalar (memanjat dan melata) yang berasal dari selatan Afrika dalam famili Cucurbitaceae.

Tembikai adalah sejenis buah tropika yang tergolong dalam keluarga labu, petola, timun dan peria. Ia dipercayai berasal dari kawasan tropika di Benua Afrika dan diperkenalkan ke kawasan Mediterranian dan Asia. Antara pengeluar tembikai yang utama ialah Itali, Turki, Amerika Syarikat, China dan Rusia.

Penanaman tembikai telah mula ditanam di Kelantan pada tahun 40-an. tetapi mula berkembang pada tahun 70an dengan penggunaan benih kacukan daripada Taiwan dan Jepun. Tumbuhan berbunga ini mengeluarkan buah aksesori yang dipanggil 'beri palsu'. Buah tembikai ini mempunyai kulit yang licin dan isi (selalunya merah) yang berair dan manis. Nama Citrillus vulgaris juga kadangkala digunakan untuk merujuk kepada buah ini (vulgaris bermakna biasa).

 Image result for tembikai

      Baca Selanjutn​ya...