PULASAN (Nephellium mutabile) merupakan sejenis buah nadir yang kini mula dikenali ramai. Pulasan merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Malaysia yang mempunyai ciri-ciri seperti Rambutan(Nephellium lappaceum). Pokok Pulasan adalah berbeza dengan buah Rambutan walau pun keduanya adalah dari keluarga Sapindaceae.
Pulasan adalah termasuk dalam kategori buah nadir di Malaysia. Tanaman ini dulu ditanam hanya di sekeliling rumah dan mula di komersialkan sekitar tahun 1980'an di Selangor, Terengganu dan Negeri di Johor (Daerah Muar).
Pokok Pulasan boleh mencapai ketinggian 5m dengan banyak cabang dan kelihatan seakan-akan pokok rambutan. Daun pulasan jenis majmuk, berselang, mengandungi empat hingga enam pasang anak daun yang berbentuk oblong hingga elips. Jambak bunga jenis panikel, bunganya kecil dan berwarna putih. Buah pulasan umumnya lebih besar dari buah rambutan. Buah-buah ini terdapat di dalam kelompok yang padat, mengandungi 3-6 biji. Perikarpa atau kulitnya tebal iaitu sehingga 0.75cm. Kulit buah berwarna merah tua keunguan apabila masak. Isinya yang putih melekat pada biji dan berair. Kebanyakkan rasa buahnya manis.
Baca Selanjutnya...