Ikan merupakan sumber protein utama rakyat Malaysia. Di anggarkan penggambilan ikan setiap orang rakyat Malaysia adalah sekitar 51 kilogram seorang setahun. Kadar Sara Diri (SSR) Perikanan belum mencapai 100%, di mana kita masih mengimport ikan-ikan yang tidak terdapat di lautan kita seperti salmon, trout dan tuna oceanik.
Sumber ikan kita adalah dari Perikanan Tangkapan Marin (Marine Capture Fisheries) , Perikanan Akuakultur (Aquaculture Fisheries) dan Perikanan Darat (In-Land Fisheries).
Jabatan Perikanan Malaysia telah dipertanggung jawab untuk memastikan bekalan ikan negara sentiasa mencukupi. Pengurusan sumber perikanan secara mampan untuk memastikan sumber ikan berkekalan perlu melibatkan pelbagai pihak. Ianya tidak hanya dipikul oleh DOF sahaja.